Thursday 2 August 2018

Kejohanan Olahraga Tahunan 2018

Kejohanan Olahraga Tahunan SK Tempoyang 2018 telah diadakan pada 11 April. Terima kasih kepada En. Shahrom bin Othman, Ketua Unit SPK PPD Lipis kerana sudi hadir menyempurnakan majlis perasmian.

Anugerah olahragawan dan olahragawati.

Penyampaian pingat kepada pemenang

Guru-guru bergambar sejurus selesai program.

Ibu bapa yang turut menyumbang tenaga sebagai pegawai sukan.

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Bandar Lipis Kategori Hafazan 2018

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Bandar Lipis Kategori Hafazan telah diadakan pada 8 Mac 2018. Terima kasih kepada Panitia Pendidikan Islam dan semua guru yang telah berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakan program ini. n.


Tahniah kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian.

En. Muzafar, Guru Besar SK Batu 9, merangkap Bendahari Zon Bandar Lipis menyampaikan hadiah kepada pemenang. Johan Lelaki : Abdullah Muizuddin (SKWI), Johan Perempuan : Husna Madiha (SKP)

Barisan hakim.

Ustaz Nik Kamil (SK Tempoyang) selaku pengerusi pertandingan.

Penjaga Masa

Mesyuarat Agung PIBG 2018

Mesyuarat Agung PIBG SK Tempoyang, Sekolah Kluster Kecemerlangan Kali Ke-17 telah diadakan pada 24 Februari.  Terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang dapat menghadirkan diri bagi melancarkan mesyuarat kali ini.

En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, Guru Besar SK Tempoyang sedang menyampaikan ucapan aluan.

Terima kasih saudara Halim bin Othman, Setiausaha Ahli Parlimen Lipis kerana sudi hadir mewakili YB Dato' Haji Abd Rahman bin Hj. Mohamad, Ahli Parlimen Lipis.

Penyampaian hadiah cabutan bertuah.

Guru Besar sedang menyampaikan cenderamata kepada Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2017/18

Monday 19 February 2018

Majlis Pelancaran Program Kecemerlangan UPSR 2018

Salam untuk semua,

Majlis Pelancaran Program Kecemerlangan UPSR diadakan pada 2 Februari 2018. Terima kasih kepada Encik Amin Nollah bin Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis yang sudi hadir bagi merasmikan majlis ini. 

Tuan Guru Besar, En. Mohd Fazli bin Abd Hamid, sedang menyampaikan ucapan serta penerangan tentang Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)

Ucapan perasmian oleh En. Amin Nollah bin Lateh, Pegawai Pendidikan Daerah Lipis.

Ibu bapa dan murid-murid Tahun 6 sedang tekun mendengar taklimat program-program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2018 ini.

Ibu bapa berbincangg dengan anak-anak bagi menetapkan target UPSR 2018.

Program Sekolah Penyayang 2018

Salam untuk semua,

Majlis pelancaran Program Sekolah Penyayang 2018 telah diadakan pada 29 Januari 2018.🎁
Antara program-program yang dilaksanakan sempena program ini ialah meraikan hari kelahiran murid-murid dan guru-guru, menyambut kehadiran murid ke sekolah dan meraikan kejayaan-kejayaan murid. 

Semoga penerapan Budaya Penyayang ini akan dapat menimbulkan minat dalam diri para pelajar untuk sentiasa hadir ke sekolah.

Friday 9 February 2018

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik 2018

Salam untuk semua,
Pada 22 Januari yang lalu telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Cilik 2018 di SK Tempoyang.

Majlis di sempurnakan oleh Inspektor Mohd Zahidi bin Zakaria dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis. Turut hadir bersama beliau ialah Sarjan Radziah Abd Aziz, Pegawai Perhubungan Polis SK Tempoyang.

Terima kasih tuan Inspektor Mohd Zahidi kerana sudi datang ke SK Tempoyang.

Majlis pada hari ini, bertujuan menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber.

Bergambar bersama guru-guru SK Tempoyang


Friday 19 January 2018

Kursus Kepimpinan Pemimpin Cilik 2018

Salam untuk semua,

Pada 17 Januari 2018 (Rabu) telah diadakan Kursus Kepimpinan Pemimpin Cilik 2018. Kursus ini melibatkan semua Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan Penolong Ketua Kelas. Kursus ini bertujuan untuk melatih pemimpin cilik ini agar sedar tentang tugas dan peranan mereka dalam membantu guru-guru dalam melaksanakan tugas-tugas mengawal disiplin sekolah. Sebagai pemimpin mereka juga perlu menjaga sahsiah diri agar dapat menjadi role model kepada murid-murid lain.

Barisan Pengawas Pusat Sumber 2018

Barisan Pengawas Sekolah 2018

Barisan Ketua dan Penolong Ketua Kelas 2018

Ceramah kepimpinan oleh En. Shaifuddin Salleh, Pensyarah dari IPG Kampus Tengku AMpuan Afzan Kuala Lipis.

Cikgu Mohd Firdaus menerangkan tatacara menaikkan bendera sewaktu perhimpunan pagi.

Cikgu Nurul Hayati sedang memberi taklimat tentang peraturan waktu membeli makanan di kantin sekolah.

Cikgu Shaharoni Saleh sedang memberi taklimat tentang tanggungjawab seorang Ketua dan Penolong Ketua Kelas.

#CemerlangBersama

Sunday 14 January 2018

Hari Pertama Sesi Persekolahan 2018

Salam untuk semua,

Selamat kembali ke sekolah anak-anak Tempoyang untuk sesi persekolahan 2018.

Guru-guru datang seawal pagi untuk menyambut kehadiran anak-anak murid.

Menunggu kehadiran murid-murid merupakan salah satu aktiviti dalam Program Sekolah Penyayang anjuran Unit HEM SK Tempoyang.

Tuan Guru Besar bersalaman dengan anak-anak prasekolah yang pertama kali datang ke sekolah.

Terima kasih En. Ahmad Taufik bin Abu Daud, Pegawai Peperiksaan Awam PPD Lipis yang sudi hadir bagi memantau perjalanan hari pertama persekolahan.

Thursday 7 December 2017

Hari Terakhir Sesi Persekolahan 2017

Jumaat 24 November adalah hari terakhir sesi persekolahan 2017.

Beberapa program telah diadakan, antaranya ialah Program Sekolah Penyayang bagi meraikan murid-murid dan guru-guru yang menyambut hari lahir pada bulan November dan Disember.

Penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan pencapaian Sahsiah Terpuji bagi setiap kelas.

Seronok murid-murid mendapat kek.

Cikgu-cikgu pun dapat kek seorang satu.

Guru-guru dan murid-murid yang menyambut hari lahir pada bulan November dan Disember diraikan dengan nyanyian lagu 'Selamat Hari Lahir' oleh rakan-rakan yang lain.

"SELAMAT BERCUTI ANAK-ANAK TEMPOYANG"

Malam Gala Sayonara

Jamuan makan malam anjuran murid-murid Tahun 6 bagi meraikan guru-guru yang mengajar mereka sepanjang bersekolah di SK Tempoyang.

Fasya dan Faris bertindak sebagai juruacara program ini.

Tuan Guru Besar menyampaikan amanat terakhir kepada murid-murid Tahun 6.

Cikgu Firdaus, guru matematik bergambar dengan murid-murid lelaki.

Kenangan terakhir sebelum membawa haluan masing-masing di sekolah menengah nanti.

Murid-murid perempuan bergambar dengan guru-guru perempuan.

Murid-murid Tahun 6 bergambar bersama-sama Guru Besar.

Terima kasih semua kerana membawa pelbagai jenis juadah.